Lawatan Kerja ke Sabah
Lawatan kerja ke Sabah telah diadakan pada 24 Ogos 2022 oleh Bahagian Pengurusan (Pentadbiran & Kewangan) dan Bahagian Mineral (Eksplorasi / Perlombongan) Permint Granite Sdn. Bhd. Lawatan ini disambut oleh wakil daripada Syarikat Wullersdorf Resources Sdn. Bhd., Sharol Azuan bin Zainuddin untuk melawat kilang memproses emas batuan keras di Bukit Mantri, Tawau.