Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah memenangi Anugerah Kategori Perak dalam Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 yang berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada 22 Februari 2024.
Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) juga merupakan satu anugerah yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada organisasi yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti dan tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM kepada En Mohd Anuar bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat PMINT.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kerja PMINT yang telah menjalankan tugas dengan berintegriti dan amanah.