Janganlah diambil ringan atau dibiarkan perbuatan rasuah dan tuntutan palsu ‘dinormalisasikan’ dalam perkhidmatan/tugasan. Istilah-istilah seperti ‘duit kopi’, ‘wang tepi’, ‘duit bawah meja’ dan laini-lain tidak sepatutnya menjadi norma dalam sistem perkhidmatan dan organisasi kita. Benar, adalah mustahil untuk hapuskan rasuah secara total, namun kita boleh lakukan sesuatu untuk mengurangkan kadarnya.