Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan berterusan secara berperingkat2 selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Hayati sebaiknya peristiwa penurunan Al-Quran ini yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian agar terus istiqomah dalam segala perbuatan kita. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT seterusnya menemukan kembali bulan Ramadan ini di tahun akan datang.