Hari ini, sebelum berbuka, berkesempatan ke SMK Datuk Awang Jabar, Jambu Bongkok, bagi meraikan Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat kepada pelajar asnaf sekolah ini.
Sumbangan penuh makna ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Johari Pawanchik, Pengurus Besar Permint Granite Sdn Bhd, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan keperluan pendidikan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas usaha murni ini. Semoga inisiatif seperti ini terus subur, memberi manfaat kepada yang memerlukan, dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama menyumbang dalam membina masa depan anak-anak kita. InsyaAllah.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter