Welcome to Permint Granite Sdn. Bhd.

admin@permintgranite.com.my

Drop us a Line

(+609) 626 3532

Make a Call

Sun - Thu : 8.00 - 17.00

Working Hour
Welcome to Permint Granite Sdn. Bhd.

A Message From

PGSB Top
Management

We are a dynamic global energy group with presence in over 100 countries. We produce and deliver energy and solutions that power society’s progress.

Top Management Message

PERUTUSAN PENGERUSI PERMINT GRANITE SDN BHD (PGSB)
DATO HAJI CHE GHANI BIN CHE AMBAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman sesawang Permint Granite Sdn Bhd ini.

Laman sesawang ini diwujudkan sebagai inisiatif kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam urusan dengan Permint Granite Sdn Bhd. Kami berpendapat bahawa teknologi masa kini jika digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak kelebihan kepada penggunanya, dan begitu juga sebaliknya.

Dengan kewujudan laman sesawang ini diharap dapat memudahkan urusan setiap pengunjung untuk berurus niaga dengan kami di mana ianya akan berfungsi sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara pihak pentadbiran, pengurusan dan semua.

PGSB juga komited untuk terus mempergiatkan usaha serta perancangan sedia ada bagi menambah baik kemudahan laman sesawang ini demi melancarkan urusan semua pihak dalam mendapatkan maklumat serta perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan oleh PGSB.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja PGSB yang telah berusaha keras bagi menyiapkan, menyelenggara dan mengemaskini laman sesawang ini demi kemudahan semua.

Semoga dengan usaha dan kerja keras di sebalik laman sesawang ini akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk warga kerja PGSB dan semua rakan dan bakal rakan perniagaan PGSB.

Akhir kata saya mempersilakan dan mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman sesawang Permint Granite Sdn Bhd. Saya turut mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif anda semua bagi memantapkan lagi kandungan laman sesawang PGSB ini untuk kemudahan dan manfaat semua pihak di masa akan datang.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wbt.
TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA
MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Che Ghani
DATO HAJI CHE GHANI BIN CHE AMBAK
PENGERUSI PERMINT GRANITE SDN BHD
PERUTUSAN PENGURUS BESAR PERMINT GRANITE SDN BHD (PGSB)
ENCIK JOHARI BIN PAWANCHIK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya menzahirkan bicara alu-aluan dalam laman sesawang Permint Granite Sdn Bhd ini.

Pada dasarnya kewujudan laman sesawang bagi setiap organisasi sememangnya menjadi satu perkara lazim dalam era globalisasi ini. Pengurusan Permint Granite Sdn Bhd (PGSB) secara umumnya telah mengembleng usaha serta berkolaborasi dalam menjenamakan kembali pembinaan laman sesawang PGSB ini.

Di peringkat Pengurusan Tertinggi PGSB, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan ribuan penghargaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PGSB atas usaha dan komitmen dalam membina dan menjenamakan kembali laman sesawang ini.

Dalam mendepani dunia global yang semakin mencabar, kewujudan laman sesawang PGSB ini masih relevan sebagai salah satu imej dan identiti organisasi kepada masyarat umum, pelanggan dan pelabur-pelabur luar khususnya.

Objektif kewujudan laman sesawang PGSB ini tidak lain dan tidak bukan sebagai satu saluran informasi kepada khalayak umum dari segi memaparkan struktur organisasi, sejarah penubuhan, operasi utama organisasi, dokumentasi polisi-polisi organisasi, informasi program yang berlangsung dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat berkenaan PGSB yang boleh dikongsikan kepada khalayak umum. Oleh yang demikian, dengan kewujudan laman sesawang seumpama ini sememangnya signifikan dalam memastikan imej dan identiti PGSB terus unggul dalam era globalisasi.

Akhir kata, saya dengan penuh kesyukuran dan berbangga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semau pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membina laman sesawang PGSB ini. Semoga usaha murni ini diberkati oleh-Nya dan dapat memberi manfaaf kepada semua pihak.


Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wbt.
TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA
MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Johari
ENCIK JOHARI BIN PAWANCHIK
PENGURUS BESAR PERMINT GRANITE SDN BHD
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter
Copyright © 2026 Permint Granite. All rights reserved.

Apply Here

Send us a speculative application and we’ll be in touch if anything comes up that we think you’d be right for.

1
INFORMATION
2
FILE UPLOAD
3
QUESTIONS
4
CLARIFY

1. PERSONAL DETAILS

We'll need these details in order to be able to contact you.

2. PROFILE

      3. QUESTIONS

      Do you have the right to work in the Terengganu?
      Do you have a clear and valid driving licence?
      In order to contact you with future jobs that you may be interested in, we need to store your personal data. If you are happy for us to do so, please click the checkbox below. You can view our privacy notice for more information.

      Board of Director Profile

      Encik Azran Amin bin Mazlan

      Encik Azran Amin bin Mazlan merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

      Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah, di Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Terengganu. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Besut.

      Bermula 01 Ogos 2018, beliau turut menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Permint Granite Sdn Bhd sehingga kini.

      Board of Director Profile

      YB Sr. Hj. Zaharuddin bin Zahid

      YB Sr. Hj. Zaharuddin bin Zahid merupakan graduan Sarjana Muda Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau mempunyai banyak pengalaman kerja sebagai Jurukur di pelbagai syarikat. Beliau merupakan Registered Land Surveyor By The Board of Surveyor Malaysia (LJT), Registered Hydrographer CAT A by FIG/IHO/ICA dan Certified Utility and Detection Survey.

      Beliau turut aktif dalam politik Terengganu. Terkini, beliau merupakan ADUN Kawasan Bukit Tunggal dari tahun 2023-kini.

      Board of Director Profile

      YBRs Mohd Soud bin Said @ Mat Ali

      YBrs. Encik Mohd Soud bin Ali @ Mat Ali mendapat Ijazah Pertama beliau dalam jurusan Usuluddin Jabatan Tafsir di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1996. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah & Tamadun Islam.

      Terdahulu beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI). Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Urus Setia Penerangan Negeri Terengganu (UPDI) pada tahun 2018-2023. Kini, beliau merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu.

      Board of Director Profile

      Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman

      Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dari tahun 2019 sehingga kini. Beliau menyertai perkhidmatan awam Terengganu pada tahun 1989. Beliau bermula sebagai Penolong Pengurus (Komputer).

      Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bsc. (Hons) Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

      Pada 01 Oktober 2021, beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Permint Granite Sdn Bhd sehingga kini.

      Board of Director Profile

      Y.Bhg. Dato’ Haji Ishamudin bin Hashim

      Y. Bhg. Dato’ Haji Ishamudim bin Hashim merupakan graduan Macalester College, St. Paul Minnesota, USA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Business Economic).

      Y.Bhg Dato’ memulakan kerjanya pada tahun 1991 sebagai Penolong Pegawai Daerah Marang. Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan seperti YDP Majlis Daerah Setiu, Timb. Pengarah UPEN, Pengarah Yayasan Terengganu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu. Kemudian beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dari tahun 2023 hingga kini. Y. Bhg. Dato’ dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PGSB sejak tahun 2024.

      Chairman of PGSB Profile

      Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak

      Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak merupakan seorang Ahli Geologi Profesional (P.Geol). Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bsc. (Hons) Geologi Petrolium di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

      Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam bidang Geologi dan Kajian Mineral termasuk sebagai seorang Ahli Kajibumi Malaysia pada tahun 1979 hingga 1983 dan dan kemudiannya menyandang jawatan sebagai Geologi Kanan di SEDC Terengganu bermula tahun 1984 hingga tahun 1995.

      Disamping itu, Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak juga merupakan bekas Ahli Dewan Rakyat Parlimen bagi Daerah Setiu dari tahun 1999 hingga 2004.

      Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Permint Granite Sdn Bhd bermula tahun 2018 sehingga kini.