Adakah anda pelajar atau graduan dalam bidang Geosains atau Geologi yang ingin menimba pengalaman dalam industri perlombongan dan sumber mineral?
Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) kini membuka peluang kepada pelajar Diploma / Ijazah Sarjana Muda serta graduan Geosains dan Geologi untuk menjalani Latihan Industri bersama kami.
Antara kelebihan yang ditawarkan:
Pendedahan kepada operasi perlombongan sebenar
Pengalaman kerja lapangan (fieldwork)
Bimbingan daripada tenaga kerja berpengalaman
Elaun disediakan
Kami mencari calon yang berminat untuk belajar, bersemangat tinggi dan mampu bekerja dalam pasukan.
Hantarkan Resume, Surat Pengesahan Latihan Industri dan Surat Permohonan kepada:
hr@permintgranite.com.my
Sebarang pertanyaan:
09-626 3532
Jom bina pengalaman industri anda bersama PGSB dan mulakan langkah ke arah kerjaya profesional dalam bidang geosains dan geologi!
