Permint Granite Sdn Bhd telah menerima kunjungan hormat dan menyambut baik dari delegasi University College TATI yang diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Najib bin Muhamed selaku Deputy Director Academic & Internationalization dan diiringi Pengarah UCTATI, Puan Nurul Aniyyah binti Mohamad Sobri. Turut hadir bersama, wakil dari Field Penyelidikan, Ts. Dr. Mohamad Redhwan bin Abd Aziz, Ts. Dr. Damhuji bin Rifai dan Ts. Dr. Suhaila bin Abdullah.
Kunjungan ini memberi peluang kepada delegasi untuk memahami lebih mendalam mengenai operasi syarikat yang pelbagai. Perkongsian produktif juga diadakan untuk meneroka peluang kolaborasi strategik, termasuk kerjasama dalam bidang latihan industri, penyelidikan dan inovasi terutama eksplorasi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Dengan program sebegini, PGSB berharap dapat memperkasakan tenaga kerja masa hadapan demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti secara lebih menyeluruh.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter