Home»Latest News»Majlis Apresiasi dan Makan Malam Kumpulan PMINT 2024
Majlis Apresiasi dan Makan Malam Kumpulan PMINT 2024
January 20, 2025
Dewan Konvensyen Taman Taman Islam (TTI) Kuala Terengganu
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Makan Malam Kumpulan PMINT 2024 di Dewan Konvensyen Taman Taman Islam (TTI) Kuala Terengganu.
Majlis ini telah menghimpunkan seluruh warga kerja dari sembilan (9) buah anak syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Majlis ini merupakan acara tahunan dimana setiap tahun salah satu anak syarikat akan dinobatkan sebagai tuan rumah dan bagi tahun 2024, TADC Sdn Bhd sebagai tuan rumah telah menampilkan acara yang gilang gemilang dengan bertemakan Retro.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman. Turut hadir bersama barisan Pengurusan Tertinggi PMINT, Pengurus-pengurus Besar Kumpulan PMINT serta ketua-ketua jabatan.
Pelbagai acara telah berlangsung dengan meriahnya seperti Penyampaian Anugerah Pekerja, Queen dan King of The Night. Acara turut diselangi dengan persembahan-persembahan menarik dari setiap anak syarikat.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan para pemenang. Dipenghujung majlis, PGSB telah dinobatkan sebagai tuan rumah 2025 dan InnsyaAllah dengan izin-Nya, berjumpa lagi kita di tahun hadapan.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter