Home»Latest News»Majlis Perhimpunan Warga Kerja PMINT kali ke 2/2024
Majlis Perhimpunan Warga Kerja PMINT kali ke 2/2024
May 7, 2024
Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT
Majlis Perhimpunan Warga Kerja PMINT kali ke 2/2024 telah berjaya diadakan pada 7 Mei 2024 bertempat di Dewan Besar, Tingkat 3, Menara PMINT. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Dato' Haji Azmal bin Azaddin (Ketua Pegawai Operasi), Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Ketua Pegawai Korporat), Pengurusan Anak Syarikat dan seluruh warga kerja PMINT.
Dalam majlis ini, Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman menerusi ucapan aluan beliau, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 3 orang Warga Kerja PMINT yang telah menerima pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan PMINT menerima Anugerah Perak sempena AIGA 2023 pada Februari yang lepas.
Selain itu juga, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Bahagian- Bahagian, Anak Syarikat dan atlet-atlet Kumpulan PMINT di atas komitmen, keazaman dan kerja keras dalam melaksanakan tugasan serta mengharumkan nama PMINT ke satu tahap yang lebih baik sepanjang bulan Januari hingga Mac 2024.
Majlis pada kali ini turut meraikan pesara dan bakal-bakal haji termasuklah Pengurus Besar PGSB; Encik Johari Pawanchik.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter