Please install Yoast or RankMath to use breadcrumbs.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025
April 22, 2025
Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam
Telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025 di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam dengan kehadiran yang luar biasa sekali.
Turut berlangsung Majlis Pelancaran Logo Jubli Intan 60 Tahun PMINT yang secara istimewanya dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (Menteri Besar Terenganu). Hadir bersama pada majlis tersebut, YB Dato' Nara Setia (Setiauasaha Kerajaan Negeri Terengganu), YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pegawai Kewangan Negeri), Ahli Lembaga PMINT dan Ahli Lembaga Anak Syarikat.
Majlis kali ini menerima kehadiran tetamu bermula pada jam 11.30 pagi melibatkan Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, pembekal, pelanggan, rakan media, pesara serta warga kerja Kumpulan PMINT yang diraikan.
Majlis diserikan dengan sumbangan duit raya kepada 100 orang anak yatim dari beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa acara yang dipertandingkan pada Majlis Sambutan tersebut seperti Video Kreatif PMINT, Video Kreatif Anak Syarikat, Booth Makanan Terbaik serta Mr & Miss Intan.
Pengurusan PGSB mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja PGSB yang bertungkus-lumus menyediakan video raya yang kretif serta bersama-sama mengembleng tenaga menyiapkan dekorasi Booth Makanan PGSB yang menghidangkan menu Nasi Arab Maqlubah yang lazat dengan begitu meriah sekali.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter