Please install Yoast or RankMath to use breadcrumbs.
Pembentangan & Lawatan Tapak Batuan Silika PGSB
May 18, 2026
Pejabat Xinda Development Sdn. Bhd.
Pada 18 Mei 2026, telah berlangsung sesi pembentangan oleh My Mineral Sdn. Bhd., selaku kontraktor Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB), berkenaan Pengenalan & Halatuju Lombong Batuan Silika di Bandar Baru Cheneh.
Sesi pembentangan ini telah diadakan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi PGSB bertempat di Pejabat Xinda Development Sdn. Bhd.
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan lawatan tapak ke Tapak Perlombongan Batuan Silika di Bandar Baru Cheneh, Kemaman bagi melihat sendiri perkembangan dan potensi projek di lapangan.
Program ini memberi pendedahan menyeluruh dari aspek perancangan hingga pelaksanaan, sekaligus memperkukuh keyakinan terhadap hala tuju pembangunan projek.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter