Please install Yoast, RankMath, or SEOPress to use breadcrumbs.
Team Building PGSB 2026
August 12, 2026
Bukit Keluang Beach Resort
Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) telah menganjurkan Program Team Building PGSB 2026 pada 12 dan 13 Ogos 2026 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim serta membina kesefahaman dalam kalangan warga kerja PGSB.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Permint Granite Sdn. Bhd., Haji Johari bin Pawanchik dan turut dihadiri oleh Pengerusi PGSB, YBhg. Dato’ Haji Che Ghani bin Che Ambak.
Dalam kesempatan yang sama, warga PGSB turut bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta keselamatan, khususnya sepanjang menjalani rawatan perubatan.
Semoga program ini dapat menyemarakkan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan warga PGSB, seterusnya membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap, harmoni dan berdaya saing dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.
Subscribe to our newsletter
Please provide an email address to sign up to our newsletter