Merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu bersempena dengan Ulang Tahun ke – 63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2025 bersamaan 27 Syawal 1446H.
Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang melanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada Tuanku sekeluarga serta seluruh Negeri Terengganu hendakNya.
Sembah takzim daripada Pengurus Besar dan seluruh warga kerja Permint Granite Sdn Bhd.
