INFORMASI IGU – 001-2024: AMALAN INTEGRITI DI TEMPAT KERJA
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti itu sendiri, integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan sesama rakan sekerja.
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.