Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) mengucapkan salam Hari Arafah kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir dan amalan kebaikan pada hari yang penuh keberkatan ini. Semoga segala amalan diterima dan dikurniakan keampunan serta rahmat daripada Allah SWT.
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya serta memperoleh keberkatan dunia dan akhirat.
