Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PMINT) merangkap Pengarah PGSB, sempena persaraan beliau.
Jasa, kepimpinan dan sumbangan Dato’ dalam memacu pembangunan Kumpulan PMINT serta memberi tunjuk ajar kepada PGSB amat kami hargai dan akan terus menjadi inspirasi buat seluruh warga syarikat.
Selamat bersara Dato’.
Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam fasa baharu kehidupan. ![]()
