Tanah BRIS berekonomik kebiasaannya terdapat dilapisan tanah atas (ketebalan berbeza) yang berwarna putih dan disahihkan melalui hasil ujian makmal dengan kandungan besi sangat rendah dan kandungan pasir putih tinggi.
Terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘topsoil’ (kelabu kehitaman) dan pasir putih. ‘Topsoil’ perlu dicuci dahulu untuk membersihkan sebarang bahan organik dan akar-akar pokok yang terdapat bagi mendapatkan pasir putih.
Oleh itu, hanya tanah BRIS berekonomik sahaja yang akan terlibat dengan kerja-kerja pemulihan ini dan diganti (ditambun) dengan tanah bukit yang lebih bernilai untuk pertanian dan pembangunan semasa.
2.
Tanah BRIS tidak berekonomik
Manakala, tanah BRIS tidak berekonomik pula dapat dijumpai selepas lapisan berekonomik dan dapat dikenal pasti dengan warna yang kuning keperangan, mempunyi kandungan besi tinggi dan pasir putih rendah serta kala berlumpur.
Pemulihan Tanah BRIS :
Tanah jenis bermilik dan tuan tanah tidak perlu mengeluarkan sebarang kos
Melibatkan tanah BRIS berekonomik sahaja yang akan diambil
Tanah BRIS yang diambil akan diganti dengan tanah bukit (laterit) mengikut paras asal tanah
Tuan tanah akan menerima bayaran dan tanah siap ditambun
How we’ve helped organisations towards zero emissions in mining
End-to-end service
Total peace of mind
Quality you can trust
Dengan memilih kami, anda boleh yakin bahawa anda menerima nasihat pakar, ujian yang tepat dan perkhidmatan yang cekap, yang semuanya penting untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan produktif.
Sila isi borang di bawah untuk sebarang pertanyaan dan cadangan.
Manfaatkan sumber anda dengan Maksima
Pasir Silika
Konsesi pasir silika terletak di Bukit Senyamok Ru Batil, Rantau Abang, Dungun dan Bukit Kancil, Mukim Merchang, Marang.
Encik Azran Amin bin Mazlan merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.
Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah, di Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Terengganu. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Besut.
Bermula 01 Ogos 2018, beliau turut menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Permint Granite Sdn Bhd sehingga kini.
Board of Director Profile
YB Sr. Hj. Zaharuddin bin Zahid
YB Sr. Hj. Zaharuddin bin Zahid merupakan graduan Sarjana Muda Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau mempunyai banyak pengalaman kerja sebagai Jurukur di pelbagai syarikat. Beliau merupakan Registered Land Surveyor By The Board of Surveyor Malaysia (LJT), Registered Hydrographer CAT A by FIG/IHO/ICA dan Certified Utility and Detection Survey.
Beliau turut aktif dalam politik Terengganu. Terkini, beliau merupakan ADUN Kawasan Bukit Tunggal dari tahun 2023-kini.
Board of Director Profile
YBRs Mohd Soud bin Said @ Mat Ali
YBrs. Encik Mohd Soud bin Ali @ Mat Ali mendapat Ijazah Pertama beliau dalam jurusan Usuluddin Jabatan Tafsir di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1996. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah & Tamadun Islam.
Terdahulu beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI). Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Urus Setia Penerangan Negeri Terengganu (UPDI) pada tahun 2018-2023. Kini, beliau merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu.
Board of Director Profile
Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman
Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dari tahun 2019 sehingga kini. Beliau menyertai perkhidmatan awam Terengganu pada tahun 1989. Beliau bermula sebagai Penolong Pengurus (Komputer).
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bsc. (Hons) Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada 01 Oktober 2021, beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Permint Granite Sdn Bhd sehingga kini.
Board of Director Profile
Y.Bhg. Dato’ Haji Ishamudin bin Hashim
Y. Bhg. Dato’ Haji Ishamudim bin Hashim merupakan graduan Macalester College, St. Paul Minnesota, USA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Business Economic).
Y.Bhg Dato’ memulakan kerjanya pada tahun 1991 sebagai Penolong Pegawai Daerah Marang. Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan seperti YDP Majlis Daerah Setiu, Timb. Pengarah UPEN, Pengarah Yayasan Terengganu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu. Kemudian beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dari tahun 2023 hingga kini. Y. Bhg. Dato’ dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PGSB sejak tahun 2024.
Chairman of PGSB Profile
Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak
Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak merupakan seorang Ahli Geologi Profesional (P.Geol). Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bsc. (Hons) Geologi Petrolium di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam bidang Geologi dan Kajian Mineral termasuk sebagai seorang Ahli Kajibumi Malaysia pada tahun 1979 hingga 1983 dan dan kemudiannya menyandang jawatan sebagai Geologi Kanan di SEDC Terengganu bermula tahun 1984 hingga tahun 1995.
Disamping itu, Dato Haji Che Ghani bin Che Ambak juga merupakan bekas Ahli Dewan Rakyat Parlimen bagi Daerah Setiu dari tahun 1999 hingga 2004.
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Permint Granite Sdn Bhd bermula tahun 2018 sehingga kini.