Lombong Batuan Silika – Bandar Baru Cheneh
Lombong dan industri batuan silika dibawah pajakan melombong (ML) dan tapak industri milik PMINT dan PGSB dilantik sebagai kontraktor perlombongan.
PGSB telah melantik MyMineral Sdn. Bhd. sebagai sub-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja melombong.
Melalui anak syarikat My Minerals Sdn. Bhd., Xinda Development telah membuat pelaburan sebanyak 2.5 billion bagi pengoperasian industri ‘upstream’ dan ‘downstream’ batuan silika.
Dijangka beroperasi pada tahun 2024 dan akan memberi peluang pekerjaan seramai 2,000 – 5,000 orang secara berperingkat.
Kilang tersebut mengeluarkan produk ‘table top’ dan lain-lain produk yang bernilai tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport.