Sejak dari penubuhan awal, PGSB aktif menjalankan operasi dan pengeluaran batu dimensi granit yang bernilai tinggi seperti Terengganu Green, Rosa Tenggo dan Sekayu White. Konsesi batu dimensi granit terletak di Bukit Chetai, Mukin Tersat, Hulu Terengganu dan Bukit Machang, Mukim Hulu Berang, Hulu Terengganu.
Konsesi pasir silika terletak di Bukit Senyamok Ru Batil, Rantau Abang, Dungun dan di Bukit Kancil, Mukim Merchang, Marang. Selain dari pasaran tempatan, pasir silika pelbagai gred ini turut dieksport ke pasaran luaran negara seperti China, Taiwan dan Korea.
Disamping itu, PGSB juga menjalankan konsesi bijih emas yabg terletak di kawasan Sungan Tapah, Mukim Hulu Nerus, Daerah Setiu, Terengganu.
PGSB telah diberikan hak eksklusif bagi menjalankan Projek Pemulihan Tanah Bris di seluruh Negeri Terengganu.
PGSB turut diberikan hak eksklusif untuk menjalankan kerja eksplorasi dan melombong unsur nadir bumi (REE) di Negeri Terengganu. Kerja carigali susulan mengenalpasti rezab REE telah dimulakan pada Oktober 2021.
PGSB telah melebarkan operasinya dengan menubuhkan dua (2) syarikat usahasama iaitu Permint Granite HCM Sdn Bhd dan Permint Granite CKY Sdn Bhd.